Tuesday 12 February 2013

Produk-produk dari China

Kai tawan-tawan.... bertemu kita lagi ( gaya Yus Raja Lawak)

Kali ini Abu nk alih jap pandangan semua  ke business retail. Betol.. !! Banyak barang-barang di sekeliling kita adalah 'Made in China' termasuklah barang-barang komputer.

Itulah fenomena dunia sekarang. Like it or not China dah menjadi semakin besar. Tpi semua itu bukan datang tanpa usaha gigih, Dengar cerita setiap perkampungan / daerah di China diwajibkan menghasilkan atau menciplak sesuatu produk.

Klimaks ciptaan mereka ini akan ditayangkan semasa Canton Fair. Ni petikan dari usahawan Shahabudeen Jalil.


Apa itu Canton Fair ?

Canton Fair adalah sebuah pameran perniagaan terbesar di China dan di dunia yang berlangsung 2 kali setahun pada musim bunga dan musim luruh di China. 

Jika lebih tepat, pada bulan April-Mei dan bulan Oktober-November. 

Canton Fair ini akan menghimpunkan lebih 58,000 kilang dari seluruh China untuk mengadakan pameran yang telahpun berlangsung sejak tahun 1957 ini. 

Dari segi kehadiran pula, Canton Fair berjaya menarik lebih 200,000 pelawat dan pemborong dari seluruh dunia untuk menghadirinya. 



So sesiapa yang diizinkan Allah ada rezeki yang melimpah ruah tu, mungkin anda boleh borong barang-barang dri China ni untuk dijual di sini.

Pada anda yang nak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, anda boleh dapatkan barang-barang buatan China ni dari GM Chowkit, GM Klang dan lain-lain tempat lagi. Sesiapa yg berminat nak borong barang-barang dari China ni boleh lawat web http://www.shahabudeenjalil.com/

Betol boleh buat untung. Abu pernah jual belon angrybird di pasar malam dulu dgn harga RM5, padahal modal tak sampai seringgit!!!

p/s : Sbb tu jgk org Bukit Beruntung panggil Abu = Man Belon :)

1 comment: