Tuesday 19 February 2013

Pondok Darussalam Bukit Beruntung

Salam hormat pembaca-pembaca sekalian.

Hari ini Abu dapat seorang pelanggan yang merupakan salah seorang tenaga pengajar pondok darussalam berlokasi di persekitaran Bukit Sentosa. Usia pondok pengajian dah berusia hampir 2 tahun tetapi masih dalam serba kekurangan.
Surat telah dihantar kepada Perbadanan Nasional Selangor bgi meminta izin pihak berkenaan memberi kebenaran menggunakan tanah mereka yang menjadi laluan keluar masuk ke pondok berkenaan untuk memacak tiang TNB. Mudah2an Allah jayakan usaha mereka,

Kagum jugak masih ada pihak yang sanggup bersusah payah memperjuangkan sekolah pondok ini. Di zaman yang serba moden masih ada yang tidak dapat bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik 24jam.
Ku syukuri Allah tentukan nasibku sebagai pengusaha komputer, setiap hari dibuai nyamannya aircond, tpi mereka??

Biarlah gambar2 ini berbicara









Pun begitu mereka2 ini bersikap kental. Terima kasih kepada kesemua penyumbang2 ekonomi pondok ini terutamanya tauke restoran sempurna.
Inilah projek yg telah dinaiktarafkan pondok menggunakan wang derma dan sumber2 lain. Syukur alhamdulillah.



Yang tinggal sekarang kelulusan dari pihak Perbadanan Nasional Selangor sahaja untuk membenarkan pondok ini menggunakan tanah mereka suntuk memacak tiang-tiang TNB bagi membolehkan bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pondok ini.

p/s : Sampai bila golongan agama harus hidup dalam serba daif? Lebih baik Zahid dari Zuhud.



1 comment:

  1. SAYA BARU PERASAN AKAN SEKOLAH PONDOK NI SEMALAM APABILA BUAT PERTAMA KALINYA LALU DIJALAN RASA BUKIT BERUNTUNG TERSEBUT..HARAPAN SAYA AGAR SUATU MASA SAYA AKAN DAPAT MEMBANTU SEKOLAH PONDOK INI

    ReplyDelete