Wednesday 20 February 2013

Cara Lajukan Wins XP


Cara nak lajukan Komputer..... hanya untuk Windows XP

1. Pasti kan buang semua shortcut kat desktop anda, tak buang pun tidak mengapa tapi digalakkan
2. Clean up disk C, dan defrag beberapa kali sehingga tak ada colour merah




3. Klik run, kemudian taip msconfig, lepas tu tekan OK


4. Lepas tu keluar System Configuration Utility, pergi dekat Startup dan disable all

5. Restart
6. Lepas tu pergi dekat My Computer - properties - advance - perfomance - setting - click adjust for best perfomance- klik OK

7. Windows akan setting classic, biarkan...
8. Pergi dekat Run, taip regedit - tekan OK lepas tu akan keluar Registor Editor
9. Cari file HKEY_CURRENT_USER ----> control panel -----> Desktop
10. Double click kat menushowdelay set kepada 0
11. Kemudian tekan OK



Kemudian Restart

Rasakan perubahan di komputer anda...speed 5.0ghz

Lepas tu set balik korang punya themes dan appearance

that all.

Selamat mencuba...!!!

Tuesday 19 February 2013

Pondok Darussalam Bukit Beruntung

Salam hormat pembaca-pembaca sekalian.

Hari ini Abu dapat seorang pelanggan yang merupakan salah seorang tenaga pengajar pondok darussalam berlokasi di persekitaran Bukit Sentosa. Usia pondok pengajian dah berusia hampir 2 tahun tetapi masih dalam serba kekurangan.
Surat telah dihantar kepada Perbadanan Nasional Selangor bgi meminta izin pihak berkenaan memberi kebenaran menggunakan tanah mereka yang menjadi laluan keluar masuk ke pondok berkenaan untuk memacak tiang TNB. Mudah2an Allah jayakan usaha mereka,

Kagum jugak masih ada pihak yang sanggup bersusah payah memperjuangkan sekolah pondok ini. Di zaman yang serba moden masih ada yang tidak dapat bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik 24jam.
Ku syukuri Allah tentukan nasibku sebagai pengusaha komputer, setiap hari dibuai nyamannya aircond, tpi mereka??

Biarlah gambar2 ini berbicara









Pun begitu mereka2 ini bersikap kental. Terima kasih kepada kesemua penyumbang2 ekonomi pondok ini terutamanya tauke restoran sempurna.
Inilah projek yg telah dinaiktarafkan pondok menggunakan wang derma dan sumber2 lain. Syukur alhamdulillah.



Yang tinggal sekarang kelulusan dari pihak Perbadanan Nasional Selangor sahaja untuk membenarkan pondok ini menggunakan tanah mereka suntuk memacak tiang-tiang TNB bagi membolehkan bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pondok ini.

p/s : Sampai bila golongan agama harus hidup dalam serba daif? Lebih baik Zahid dari Zuhud.



Monday 18 February 2013

Kursus Komputer PERCUMA



Sesiapa yang ada sekitar Segambut, Kuala Lumpur, jom join group kami.
Kita p belajar Teknologi Sistem Komputer secara PERCUMA di GiatMara. Sijil akan dikeluarkan..!!

1) Kursus Dokumen Pejabat (words,excel,bla2)   - 9 hari
2) Kursus Laman Web   -  7 hari
3) Kursus Sistem Rangkaian (networking, format pc, bla2)   - 5 hari *ini utk org2 yg dh ada basic komputer. Beginner tidak digalakkan.

Waktu kelas adalah selepas waktu pejabat - 5ptg ke atas
Setiap kelas minimum 15 org - SEBAB TU KITA APPLY DLM 1 GROUP
Tak semua kursus kita kena pergi, anda pilih ja kursus saya. Tujuan saya nk cari geng sepengajian je..

Download borang dulu dan lepas tu call/sms/fb saya, kita kumpul semua borang dan hntaq 1 shot.
Abu : 014-7216973

Download borang kt sni
https://docs.google.com/file/d/0B6qMF9mmdlvHZTYyNzk4ZDctN2Q1OS00ZTJjLThiOTktMjkxYTc3OTU0MGFj/edit?hl=en

Sunday 17 February 2013

PDF Converter to Words / Excel

Orait..

Ini pulak pertolongan untuk kaki-kaki ciplak / malas / mmg cerdik.

Walaupun idea-idea mahupun software-software cuba dilindungi oleh trademark ataupun password, ada ja yang dapat mencilok atau melanunkan ciptaan / hasil karya mereka.

Ini salah satunya. PDF converter ni memang sesuai untuk kaki-kai yang last minute baru nak buat kerja. So anda boelh edit file pdf secara percuma dengan tukarkan format pdf tu kepada word mahupun excel.

Nah sedut dari sini

http://www.4shared.com/file/znx-dcFG/PDF_converter_40_-_Convert_PDF.htm

Selamat mencuba!

PDF Password Remover

Ada 1 hari tu customer masuk kedai.
Dia bukak pdf file tapi xleh print, apatah lagi nk edit.
So Abu tanya la Mr Google apa nak buat.

Ni link untuk sedut pdf password remover crack edition

http://files.indowebster.com/download/files/PDF_Password_Remover31Serial_100_Working

Selamat mencuba. Jika link ni tak boleh pakai tolong komen supaya Abu boleh cari link yg lain plak. Tkasih

Wednesday 13 February 2013

Interesting Story


Cerita Menarik.
Apa pun keputusan anda lepas baca cerita ni menentukan siapa anda.

A boat docked in a tiny Mexican fishing village.

A tourist complimented the local fishermen
on the quality of their fish and asked
how long it took him to catch them.

"Not very long." they answered in unison.

"Why didn't you stay out longer and catch more?"

The fishermen explained that their small catches were
sufficient to meet their needs and those of their families.

"But what do you do with the rest of your time?"

"We sleep late, fish a little, play with our children,
and take siestas with our wives.
In the evenings, we go into the village to see our friends, have a few drinks, play the guitar, and sing a few songs.

We have a full life."

The tourist interrupted,

"I have an MBA from Harvard and I can help you!
You should start by fishing longer every day.
You can then sell the extra fish you catch.
With the extra revenue, you can buy a bigger boat."

"And after that?"

"With the extra money the larger boat will bring,
you can buy a second one and a third one
and so on until you have an entire fleet of trawlers.
Instead of selling your fish to a middle man,
you can then negotiate directly with the processing plants
and maybe even open your own plant.

You can then leave this little village and move to    Mexico  Cit y , Los Angeles  , or even   New York City  !

From there you can direct your huge new enterprise."

"How long would that take?"  

"Twenty, perhaps twenty-five years." replied the tourist.

"And after that?"

"Afterwards? Well my friend, that's when it gets really interesting, " answered the tourist, laughing. "When your business gets really big, you can start buying and selling stocks and make millions!"

"Millions? Really? And after that?" asked the fishermen.

"After that you'll be able to retire,
live in a tiny village near the coast,
sleep late, play with your children,
catch a few fish, take a siesta with your wife
and spend your evenings drinking and enjoying your friends."  

"With all due respect sir, but that's exactly what we are doing now. So what's the point wasting twenty-five years?" asked the Mexicans.

And the moral of this story is:

Know where you're going in life....
you may already be there!!

p/s :- Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Youtube Downloader Crack

Salam semuanya..

Kali ini Abu nk sharekan link youtube downloader yg telah di 'crack'.

Beza antara YTD trial version dan YTD Pro adalah anda boleh select semua file yang hendak di'convert' serentak berbanding yang trial anda kena buat satu persatu.

Selain itu YTD ini berfungsi untuk anda downloadkan video-video pilihan anda dari youtube dan membolehkan anda menonton bila-bila masa video tersebut tanpa internet.

Ni rupa YTDPro

Ni plak link utk download
http://onhax.wordpress.com/2012/12/20/you-tube-downloader-3-9-6-pro-crack-is-here/

Selamat mencuba..!!


Tuesday 12 February 2013

Produk-produk dari China

Kai tawan-tawan.... bertemu kita lagi ( gaya Yus Raja Lawak)

Kali ini Abu nk alih jap pandangan semua  ke business retail. Betol.. !! Banyak barang-barang di sekeliling kita adalah 'Made in China' termasuklah barang-barang komputer.

Itulah fenomena dunia sekarang. Like it or not China dah menjadi semakin besar. Tpi semua itu bukan datang tanpa usaha gigih, Dengar cerita setiap perkampungan / daerah di China diwajibkan menghasilkan atau menciplak sesuatu produk.

Klimaks ciptaan mereka ini akan ditayangkan semasa Canton Fair. Ni petikan dari usahawan Shahabudeen Jalil.


Apa itu Canton Fair ?

Canton Fair adalah sebuah pameran perniagaan terbesar di China dan di dunia yang berlangsung 2 kali setahun pada musim bunga dan musim luruh di China. 

Jika lebih tepat, pada bulan April-Mei dan bulan Oktober-November. 

Canton Fair ini akan menghimpunkan lebih 58,000 kilang dari seluruh China untuk mengadakan pameran yang telahpun berlangsung sejak tahun 1957 ini. 

Dari segi kehadiran pula, Canton Fair berjaya menarik lebih 200,000 pelawat dan pemborong dari seluruh dunia untuk menghadirinya. 



So sesiapa yang diizinkan Allah ada rezeki yang melimpah ruah tu, mungkin anda boleh borong barang-barang dri China ni untuk dijual di sini.

Pada anda yang nak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, anda boleh dapatkan barang-barang buatan China ni dari GM Chowkit, GM Klang dan lain-lain tempat lagi. Sesiapa yg berminat nak borong barang-barang dari China ni boleh lawat web http://www.shahabudeenjalil.com/

Betol boleh buat untung. Abu pernah jual belon angrybird di pasar malam dulu dgn harga RM5, padahal modal tak sampai seringgit!!!

p/s : Sbb tu jgk org Bukit Beruntung panggil Abu = Man Belon :)

Saturday 9 February 2013

Desktop Auto Shutdown. Apa Puncanya?

Bertemu lagi...

 Hari Sabtu (semalam) Abu tak buka cc, sya ke Rawang utk tukar kipas processor pc customer. Kaki processor fan dia patah!

Ceritanya customer ni dtg pada Jumaat hari bagitau pc dia auto shutdown selepas 5 thun pakai. Fuh, lama tu akak oi..

So cm biasa Abu test on, x sempat masuk windows dh autoshutdown. Error message pc autoshutdown due thermal issues.

So Abu pn cuba masuk BIOS utk settingkan thermal level tu tpi tak berhasil.

Hurm... apa hal la ni? Belek pnya belek nampak something fishy kat fan processor dia. La... kaki fan dah patah..!
Dapat tahu dari akak suami dia cuba buka pc tu dan cuci habuk2. Mungkin dia p cabut fan processor tu sekali.

So abu pn ke Rawang esoknya beli spare part. Processor fan tu member tolak RM45 utk brand biasa punya. ok la tu.. Dh pasang... Aik??? Monitor x kluar gamabr?

Abu bersihkan processor, pun x mahu jgk. Ayoyo..

Takpa, kita tukar RAM plak, cuci graphic card.. Ayak!! Sama jgk!!  xda gmbaq kt screen..!

Innalillah dah mobo pc ni.. Kalau tukar mobo yg RAMDDR2 + fan + format = +-RM400.

Akak nk beli baru la Abu!

ok akak, up to you. Kalau baru kt Low Yat RM700++. Klo 2nd tapi ada brand dari member Abu RM300 (IBM Thinkcentre Pentium 4)

Pilih akak pilih.. :)

Sebelum isi ni lari tajuk, Abu sertakan sebab2 pc auto shutdown

1) HDD panas
2) Graphic Card panas
3) Fan processor x berfungsi / ada masalah so processor pn panas
4) MOBO problem
5) power supply kong.
6) Chipset cepat panas

Byk punca hanya utk 1 penyakit pc ni.... So bukan senang nk repair pc, kena test satu persatu

Friday 8 February 2013

AntiVirus dan Anti Malware

Salam semua,
Bertemu kita lagi. Harap2 post2 sebelum ni awesomekan anda.

Hari ini dapat job luar, kasi cuci virus dan malware kt ofis member. Member punya pasal payment lambat pn no hal.

Mulanya dia nk aku formatkan 3 pc dia. Lepas simple check bagi aku x perlu pn format pc tu. Katanya pc slow. PC dh RAM 1GB bgi aku ok la utk kerja2 ofis.

Aku pn unistall free antivirus Avira dia, restart komputer n install combofix utk scan malware. Combofix ni scan macam modus cmos (command prompt) tapi x jmpa lak malware. Server aku kena trojan sirefef.gen!C  semalam cuci pakai comofix ni la.

Pastu aku install lak Symantec Business edition yg crack pnya. Lepas scan, tiap2 pc ada virus dan spyware. Selamat tinggal virus!

Ni link Combofix utk korang
http://www.bleepingcomputer.com/download/combofix/

Yang Symantec aku ada dlm pc tpi aku tak tau cmna nk upload ke blog ni.

Thursday 7 February 2013

patu JHS?

Patu adalah loghat oghang Kedah untuk 'apa dia tu' / 'apa tu'.
JHS plak singkatan utk Junior Hyper Sonic. Lokasi mini shop kedai komputer ni di no 21-A, Jalan Bg Kertas 1B/1, Bukit Sentosa 1, 48300 Rawang Selangor.
Kami saja ja meniaga kecil2an, dari dok merepek tak tentu arah.

Mai la melawat !

- Kedai Komputer berinternet ( wifi xda no utk krg crack)
- Print / Scan
- Typing
- Kelas Komputer
- Repair dan format PC
- Repair dan format Handphone.





Setiap Kejayaan Bermula dgn Langkah Pertama

Chewah..!! Tajuk yang memang kena dgn situasi Junior sekarang. Betul! Junior bermula dengan zero knowledge bab nk buat blog ni. Main cedok kat internet je cmna nk buat blog yg menarik. Thanks Mr Google!

Berputar kepala jgk bila bab coding2 ni. Junior bukan dari bidang IT. Tpi omputih cakap No Pain No Gain :)

Wish me luck!

Sambil2 tu kita layan kata2 motivasi dalam video ni.


Wednesday 6 February 2013

Selamat Datang

Selamat datang ke blog JHS Saya cuba untuk mejadikan blog ini menarik dan bermanfaat untuk dilayari.Terima kasih.